Manjakani Intimate Drink - (CODE = DW-06) RM35.00

Manjakani Intimate Drink
Manjakani Intimate Drink adalah minuman herba dengan 7 ramuan terbaik untuk wanita iaitu Kurma, Madu, Manjakani, Rumput Jarum Emas, Kacip Fatimah, Akar Serapat, Daun Sirih serta ditambah Vitamin E & B. Ia sangat berkhasiat dan lazat dengan rasa dan keharuman kurma dan madu.
Manjakani Intimate Drink ini digalakkan pengambilannya kepada semua wanita bermula sejak remaja lagi. Ia paling sesuai untuk wanita yang telah berumahtangga. Ia juga sangat baik diambil oleh mereka di dalam pantang bagi menggantikan jamu tradisi.
Manjakani Intimate Drink yang berkhasiat ini sangat baik untuk meningkatkan kesihatan dalaman, menyerlahkan lagi sifat-sifat keayuan dan feminin wanita secara keseluruhan. Paling utama, ia sangat penting untuk tujuan kebahagiaan rumahtangga.

Khasiat Manjakani Intimate Drink

  • Membantu menambah & melancar perjalanan darah.
  • Membantu memberi tenaga dan mengelak kelesuan badan.
  • Membantu mengatasi permasalahan sakit puan seperti mengurangi lendir, keputihan, bau, dan kegatalan.
  • Membantu menyelaras kitaran haid, mengurangi sakit senggugut dan menambah kesuburan.
  • Membantu menegangkan otot pelvic untuk membantu dalam hubungan suami isteri.
  • Membantu memberi seri wajah dan mengatasi muka pucat lesi.
  • Membantu pemulihan selepas bersalin bagi wanita dalam pantang (bagi menggantikan pengambilan jamu tradisional) untuk memulih dan memelihara rahim peranakan.

    Kandungan Manjakani Intimate Drink

    Manjakani – Dianggap sebagai buah ‘ajaib’ dihasilkan melalui proses metamorfosis apabila sejenis serangga penyengat yang hinggap dan menetaskan telurnya di atas daun pokok oak. Telur yang menetas menghasilkan enzim-enzim yang merangsang bekalan makanan pada sel-sel daun sehingga terbentuknya satu bebola keras yang dipanggil Manjakani.
    Kacip Fatimah – Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin. Selain daripada itu juga, keseluruhan pokok ini juga boleh dijadikan debu dan digunakan untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir yang keluar. Ia juga digunakan untuk mengubati sakit dalam tulang dan meroyan.
    Daun Sireh – Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.
    Kurma – Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.
    Madu Lebah – Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.

    Cara Amalan Manjakani Intimate Drink

    • Goncang sebelum diminum.
    • Ambil 2 sudu besar selepas makan setiap pagi dan petang.
    • Boleh dikurangkan dos jika anda risaukan panas badan atau mahu mengambilnya bersama herba lain seperti Lobata atau Gegan. Ambil hanya 2 sudu besar, samada pagi atau petang sahaja.
    • Sebaiknya dalam tempoh setengah jam selepas pengambilan, jangan minum atau makan.
    • Minum banyak air suam sepanjang hari.
    • Simpan di dalam peti sejuk.
    • Dicadangkan untuk semua wanita bermula remaja. Paling digalakkan untuk mereka yang telah berkahwin untuk tujuan kebahagiaan suami isteri.
    • Sangat baik untuk mereka yang baru melahirkan (di dalam pantang) untuk tujuan menggantikan jamu tradisi bagi memulih serta mengecutkan rahim, menambah darah dan melancar perjalanan darah, memberi haba dan memanaskan badan serta menguat dan menegangkan kembali otot vagina yang telah longgar.
    • Tidak sesuai untuk wanita hamil dan yang sedang dalam haid.

      Beli Manjakani Intimate Drink

      kementerian kesihatan Manjakani Intimate Drink berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. No pendaftaran MAL05090413K.